Assalamualaikum murid-murid..
Cikgu Don Balon de la Macha memohon jutaan maaf sebab tak sompek update..maklumlah masuk internet di tompek kojo yo..
takpo..dalam bulan dopan Insya-Allah den masuk Streamyx kek umah..
sonang la sikit nak memorum dan memblog..
Hari ni cikgu sambung sket..
Topik kito hari ini:
Conjugación (i'rab)
=============
(sebutan kon-khu-ga-thion, th macam bunyi huruf "tha", as in Uthman.., di negara-negara Amerika Latin, dorang sebut kon-hu-ga-sion, den tak suko sobab tak pure.. ambik contoh British English dengan American English la.. British lebih pure dan merdu..tak gitu? )
Den mulokan dengan verbo regular dulu..
Kalau sapo2 ponah belajar Bahaso Arab sonang nak paham konsep conjugación ni..
Bahaso Sepanyol pun bahaso bergender..
kalau bahaso Arab sebut muzakkar-muannas.. Sepanyol sebut masculino-femenino..
Jadi ado 5 aras kata ganti namo dalam bahaso sepanyol..
yo (saya), tú (awak), él/ella/usted (dia lelaki/dia perempuan/anda), nosotros/nosotras (kami lelaki/kami perempuan), vosotros/vosotras(awak lelaki ramai/awak perempuan ramai), ellos/ellas/ustedes(mereka lelaki/mereka perempuan/anda ramai)..
Contoh ayat:
Saya makan nasik dengan daging kambing..
(Yo) (comer) (arroz) (con) (cordero).. (Belum i'rab)
I eat rice with mutton..
comer di sini ialah kata akar bagi kata kerja "makan"..
Dalam Bahasa Sepanyol semua kata kerja berakhir sama ada ar, er atau ir..
contoh: hablar (to speak), comer, vivir(to live).
Jadi komponen kata kerja ialah habl-ar, com-er, viv-ir
Adalah amat penting mengambil stem word iaitu: habl, com dan viv.
Jadi, i'rabnya adalah seperti berikut:
Yo hablo español
Tú hablas árabe
El/Ella/Usted habla malayo
Nosotros/nosotras hablamos inglés
Vosotros/vosotras habláis francés
Ellos/Ellas/Ustedes hablan chino
Yo como arroz con cordero
Tú comes arroz con carne (daging, iaitu lembu)
El/Ella/Usted come arroz con pollo (daging ayam)
Nosotros/nosotras comemos arroz con pescado (ikan)
Vosotros/vosotras coméis arroz con carne de conejo (daging arnab)
Ellos/Ellas/Ustedes comen arroz con mariscos (seafood)
Yo vivo en Beranang
Tú vives en Madrid
El/Ella/Usted vive en Barcelona
Nosotros/nosotras vivimos en Ciudad de México
Vosotros/vosotras vivís en Kerinchi
Ellos/Ellas/Ustedes viven en San Salvador
**en=in
ha..prektis dulu seminggu..hehe
nanti den bagi soalan...cubo jawab ekkk..
Memaparkan catatan dengan label belajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belajar. Papar semua catatan
Langgan:
Catatan (Atom)