Ahad, 2 November 2008

Kata-kata aluan dari koi untuk murid-murid..

Assalamualaikum murid-murid..
Dalam kelas pertama kita kali ini Cikgu Don Laurel de la Macha akan menunjukkan cara sebutan Bahasa Sepanyol dahulu.. Biasanya masa cikgu mengajar di UUM dulu serta sambilan di UPM dan UM, cikgu memilih untuk mengajar kata sapaan dan minta diri dahulu.. Tapi setelah cikgu menganalisis nature pengajaran atas talian (online) ini, cikgu mengambil keputusan mengajar bab tulisan dahulu.. doh semua dalanc ni tulisan belaker..bukan suara dan pandangan machanc dalanc kelas...

Abjad Sepanyol (español, sebut "espa-nyol" atau disebut juga castellano: "kas-tey-ya-no") Mesti diinnngaaat.. Sebutan huruf "e" sentiasa seperti dalam perkataan "elak"..kuikui

Abjad Sepanyol berasal dari tulisan Latin sama seperti bahasa-bahasa utama Eropah yang lain contohnya Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. Huruf-hurufnya dari A sehingga Z adalah sama dengan beberapa penambahan:

i. Abjad "ch": disebut sebagai "ce", seperti dalam "cerek"..

Ulasan cikgu: Memang ade jugek anok murid koi kate kan hurf "c" dgn "h" tu, pasey nok panggey nama lain pulok? Koi jawab "Ahh..doh bahase die ikut suke die aaa..." hehe. Namun ada juga buku-buku dari Amerika Latin yang tidak memasukkan "ch" sebagai karakter istimewa, tu pun koi jawab "Ahh..buku deme ikut suke deme la..." hehe. Pastu Alip Mikail pun tanya kepada koi kenapa koi masukkan "ch" sebagai abjad sendiri lalu koi jawab "Ahh..blog koi ikut suke koi la.." hehe jangan maroh Lep..selingan je tu..

ii. Abjad "Ñ" atau "ñ": disebut sebagai "enye", seperti dalam "penyek"..

Ulasan cikgu: Ini adalah identiti bahasa sepanyol..perkataan "español" yang bermaksud "Bahasa Sepanyol" turun mengandungi abjad ini. Goner nok taip? Aokme tekan "Alt", jgn lepas, tekan 165 kemudian lepas..keluor la "Ñ"..untuk huruf kecik "Alt" kemudian 164. Koi di Sepanyol dulu ateh keyborad dah memanc ade, jadi tok mempayoh lagi la Alt sane-sini..

iii. Abjad "LL" atau "ll": disebut "eyye" seperti dalam "fuyyoooo..."

Ulasan cikgu: Lebih kurang perkara (i). Doh bahasa deme.. hehe. Sebab tu kalu koi komen blog poyotito koi panggey dia "pollito: poy-yito" yang bermaksud anok ayanc.. hehe jangan maroh weh.. worih sejengka jugok weh.. :)

iv. Abjad "Ü" atau "
"ü": disebut sebagai "u" seperti "ubat"..

Ulasan cikgu:
Huruf pinjaman dari Bahasa Jerman. Digunakan dalam keadaan tertentu. Karanc koi perjelas lagi... Nok taip? Alt kemudian 154 untuk Ü dan Alt kemudian 129 untuk ü..

v. Abjad-abjad vokal dengan "acento".

Ulasan cikgu: Contoh á, é, í, ó, ú.. ni digunakan pada keadaan tertentu..nanti sampei masa koi jelaskan.. karanc banyok sangat pulok aokme nok mengapey (menghafal).. hehe

Sebutan bagi abjad-abjad Sepanyol

A. Vokal: kelebihan penutur Bahasa Melayu (BM) ialah sistem vokalnya amat hampir dengan sistem vokal Bahasa Sepanyol (BS). Perbezaan hanyalah pada bunyi
[Ə] yang mana dalam BS ia tidak wujud. Sila bandingkan bunyi BM dari baris yang sama dengan perkataan-perkataan BS.

Bahasa Melayu

Bahasa Sepanyol.

Lambang fonetik

Contoh perkataan

Lambang fonetik

Contoh perkataan

[a]

asak, darah, dera

[a]

amor, cara, lema

[e]

era, selak, sate

[e]

enano, veneno, jefe

[i]

imbang, pita, beri

[i]

Ibería, cintura, marroquí

[Ə]

emas, ketul

Tiada

Tiada Perkataan

[o]

onar, kotak, soto

[o]

olvidar, corto, moto

[u]

ujar, bulan, dagu

[u]

uruguayo, curva, bambú


B. Konsonan: kelebihan penutur Bahasa Melayu (BM) ialah kebolehan membanding dengan sistem vokal Bahasa Sepanyol (BS). Sila bandingkan bunyi BM dari baris yang sama dengan perkataan-perkataan BS.

Bahasa Melayu

Bahasa Sepanyol.

Simbol Fonetik

Huruf

depan

tengah

hujung

Simbol Fonetik

Huruf

depan

tengah

hujung

/b/

b

batu

sebut

adab

/b/

b

boca

sabio

-






/b/

v

volar

vivir

-






/b/

w

wáter

hardware

-

/ʧ/

c

cakap

kaca

koc

/ʧ/

ch

chiste

leche

-

/d/

d

dua

ada

abad

/d/

d

don

ardilla

abad

/f/

f

fakir

tafsir

maaf

/f/

f

fería

afán

-

/g/

g

guna

tiga

beg

/g/

g

gama

vago

-

/ɰ/

gh

ghaib

maghrib

baligh

/ ɰ /

g

*Guadalajara

*agua

-

/h/

h

hari

saham

buah

/h/

j

jefe

tejidos

reloj







g

gitano

ingerir

-

/dʒ/

j

jalan

manja

kolej

/ dʒ /

y

**ya

-

-

/k/

/k/

kami

paksa

katak

/k/

c

como

licor

bistec

/x/

kh

khas

akhir

tarikh

/x/

j

jefe

tejidos

reloj






/x/

g

gitano

ingerir

-

/l/

l

lekas

alas

kesal

/l/

l

lema

alas

real

/m/

m

maka

kami

diam

/m/

m

malo

comer

-

/n/

n

nasi

anak

daun

/n/

n

niño

cena

lección

/ŋ/

ng

ngilu

angin

pening

tiada

tiada

tiada

tiada

tiada

/ /

ny

nyata

hanya

-

/ /

ñ

ñato

niña

-

/p/

p

pipi

apa

siap

/p/

p

palo

sapo

-

/q/

q

Quran

wuquf

buraq

/q/

q

que

parque

-

/r/

r

rasa

bara

besar

/r/

r

ratón

viral

temor

/s/

s

sirap

bisa

keras

/s/

s

sala

raso

martes

/∫/

sy

syura

isytihar

skuasy

**/∫/

x

Xavi

-

-

/t/

t

tiru

mata

rapat

/t/

t

tela

matar

carnet

/v/

v

van

universiti

-

tiada

tiada

tiada

tiada

tiada

/w/

w

wang

hawa

-

tiada

tiada

tiada

tiada

tiada

/j/

y

yang

buaya

-

/j/

y

yema

vaya

rey

/z/

z

zaman

lazat

lafaz

tiada

tiada

tiada

tiada

tiada






/θ/

z

zorro

gozo

arroz






/θ/

c

cinta

ración

-






/ /

h

hala

ahí

-






/ʎ/

ll

lluvia

calle

-


Hoo..prektis dulu.. anda mender nok tanye sila la komen ..
Koi esok cuti..selasa koi masuk keje.. Insya-Allah..

7 ulasan:

  1. pergh...
    sikit punya susah.. mahu mati lipan macam ni..

    terima kasih..

    BalasPadam
  2. Lep, jangan guna perkataan susoh..
    guner "spesifik"..

    Gune''Ellemek,...spesifik betul la bahasa ni..
    lantas kita menjadi positiif.. :)

    sokmo koi pesan ke anok2 murid koi..

    aok promote la ke rodonc2 lain...
    seda skek kalu ramey... :)

    BalasPadam
  3. baler..
    putus haid koi nok belajor.

    tok beh lalu..!!

    BalasPadam
  4. poyotito..
    aok pandey arab kan..
    arab dgn sepanyol banyok persamaan..
    karanc koi update la lagi..

    BalasPadam
  5. Popaleh... ngape susoh lewat amat? Tergeliat lidoh koi..

    BalasPadam
  6. Caklam,
    takde la susoh sangat..
    belajor step-by-step Insya-Allah berjaya.. :)

    BalasPadam
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Gracias por vuestros comentarios..